Wednesday, May 13, 2009

TUGASAN 1

Nama pengarang : Geoffrey E. Mills

Tahun terbitan : 2003
Tajuk buku : Action Research :A Guide For The Teacher Researcher
Negeri penerbit : New Jersey
Nama penerbit : Pearson Education


1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu kajian penemuan yang sistematik. Dilakakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pihak pentadbir dalam suasana pengajaran dan pembelajaran untuk mendapat maklumat tentang bagaimana peroperasian sekolah, bagaimana guru mengajar, dan bagaimana teknik pengajaran yang terbaik untuk pelajar.

2. MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
a. Semua manusia memerlukan peluang peningkatan dalam kerjaya secara professional.
b. Setiap guru yang profesional inginkan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
c. Setiap guru yang professional sebenarnya boleh belajar daripada refleksinya dalam P&P.
d. Semua manusia menginginkan dan memerlukan maklumat tentang persembahan atau hasil kerja mereka untuk dinilai semula.
e. Kerjasama didalam melakukan kajian dapat meningkat keprofesionalan seseorang.

1. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
a. Model 1 oleh Emily Calhoun (1994). Terdapat lima langkah yang dilakukan bagi model ini iaitu memilih situasi atau masalah dalam kumpulan yang diminati, mengumpul data, menyusun data, menganalisis dan mentafsir data serta menjalankan tindakan (take action)


b. Model 2 oleh Stringer (1996). Langkah-langkah kajian tindakan yang dicadangkan oleh beliau ialah melihat, berfikir, dan melakukan tindakan.





c. Model 3 oleh Stephen Kemmis (1988). Terdapat beberapa langkah yang terdapat di dalam model iaitu memerhati, merancang, tindakan yang pertama, memantau, membuat refleksi, memikir semula, dan membuat penilaian.

Nota kuliah 4 (11 mei 2009)

Tajuk : Kajian kepustakaan
Merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur contohnya buku, jurnal, artikel, tesis ataupun laporan.
Kajian dilakukan secara kritikal ke atas perkara-perkara yang penting yang dikemukan dalam bahan literatur tersebut.
Semasa melakukan kajian kepustakaan, kemahiran berfikir aras tinggi perlu ada dalam diri seseorang. Terdapat lima proses yang terlibat semasa kajian pustakaan dijalankan iaitu:

1. Membanding dan membezakan
-mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.
-kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan atau membuat pilihan atau keputusan.

2. Menganalisis
-mengolah maklumat yang diperolehi dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
-kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami kaitan antara bahagian-bahagian serta mengenali prinsip yang terlibat.
- merupakan suatu kemahiran yang kompleks kerana menggunakanbeberapa ciri kemahiran berfikir

3.Menilai
- proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemhan berdasarkan bukti-bukti atau dalil yang sah. Kemahiran inijuga digunakan bagi membuat keputusan bagi memilih sesuatu idea atau menerima atau menolak sesuatu idea.

4. Membuat Kesimpulan
-proses membuat pernyataan tentang hasil sesuatu pperkara berdasarkan penyiasatan. di samping itu,proses ini dibuat untuk menyokongpernyataan, membuat keputusandan menerangkan tentang sesuatu idea.

5.Mensintesis
-proses menggabungkanidea, unsur, item, danperkara yang berasingan mejadi satu idea baru secara menyeluruh.

AKTIVITI 1

AKTIVITI 1(berkumpulan)
SITI NADIA KHALID (P48959)
NUR AZNIDA TALIB (P48697)
MASYITAH ULUL AZMIN (P48585)

8 sebab kenapa orang tidak suka akan perubahan
1.Perubahan yang dilakukan hanya untuk kepentingan individu sahaja.
2.Perubahan yang dilakukan tidak sesuai dengan keadaan persekitaran.
3.Perubahan yang dilakukan secara kerap kali.
4.Perubahan yang dilakukan bercanggah dengan dasar. Sebagai contoh isu PPSMI.
5.Perubahan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat.

NOTA KULIAH 3 ( 4 MEI 2009 )

TAJUK : PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang pendidikan menjadi factor yang apling penting dan utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan yang berlaku kadang kala akan mewujudkan ketidakpastian. Oleh yang demikian, ketidakpastian dalam pendidkan mesti dielakkan kerana jika ia berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi akan datang.

JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessler (1995)

Perubahan ke arah peningkatan
Memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
a. Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b. Memperkenalkan teknologi baru
c. Program pembangunan staf untuk mempertingkatkan dan produktiviti staf

Perubahan strategik organisasi
a. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti
b. Mendefinisikan semula peranan organisasi
c. Perubahan nilai teras organisasi.
d. Pembentukan semula misi.
e. Struktur & strategi organisasi
f. Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran.

Perubahan reaktif
Berlaku akibat daripada tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).

Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Perubahan adalah satu perkara yang kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
a. Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status que. Perubahan revolusi pula merupakan perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

b. Kompleksiti atau kerumitan merupakan focus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan. Perubahan adalah bersifat multidimensi. Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

a. Tujuan perubahan
b. Unit perubahan
c. Sifat perubahan
d. Magnitude perubahan
e. Skop perubahan f. Jangkamasa

Model-model perubahan
a. Model penggabungan Roger
b. Model Kanter
c. Model Rand
d. Model Acot

AKTIVITI 2 BERKUMPULAN

SITI NADIA BINTI KHALID (P 48959)
NUR AZNIDA BINTI TALIB (P48697)
MASYITAH BINTI ULUL AZMIN (P48585)

Masalah dan penambaikan dalam P&P sesuatu tajuk
1. Ofisialisme Belajar dan melatih diri untuk kemahiran komunikasi

2. Tidak dapat menarik perhatian pelajar Guru perlu mempamerkan set induksi yang menarik dengan menggunakan bahan maujud dan bersifat autentik serta kreatif.

3. BBM yang kurang bermanfaat Guru memastikan BBM yang dibuat hendaklah digunakan dengan sepenuhnya dan boleh dijana semula.

4. Tidak menguasai isi pengajaran Guru perlu membuat rujukan tambahan.

5. Teknik mengajar yang kurang menarik.Guru menggunakan teknik pengajaran yang lebih menarik dan kreatif serta pelbagai

AKTIVITI 1

Refleksi ke atas masalah dalam diri sepanjang BIG 2
1. Penambahbaikan
· Pengurusan masa
· Bersikap aktif
· Berani dan yakin diri

2. Pelan tindakan Matlamat
· Melahirkan guru yang berdisiplin dan serba boleh

Objektif
· Melahirkan guru yang aktif dan berani menghadapi cabaran.
· Menanam keyakinan diri.
· Memupuk semangat berkumpulan

3.
a. LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

1 Pengurusan masa Menguruskan masa dengan lebih baik, membuat perancangan lebih awal bagi setiap perkara.

2 Bersikap aktif Membuang sifat menangguh kerja, bergerak dengan aktif dalam setiap tindakan.

3 Berani dan yakin diri Tanam dalam diri bahawa mampu melakukan perkara tersebut, bersedia dan berani menghadapi cabaran yang mendatang

b. Pengumpulan data
· Bertanya pada rakan
· Membuat jadual muhasabah diri
· Rakaman video atau gambar

c. Pemantauan
· Membuat senarai semak
· Ada dateline
· Minta bantuan rakan perhatikan sikap

d. Penilaian
· Membuat borang penilaian
· Minta pandangan orang lain

Nota kuliah 2 ( 27 April 2009)


Reka bentuk kajian tindakan



Tujuan Kajian Tindakan

I. Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi.

II. Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah


KEMMIS


1. reflect

II. plan

III. act

IV. observe

V. reflect