Wednesday, May 13, 2009

Nota kuliah 4 (11 mei 2009)

Tajuk : Kajian kepustakaan
Merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur contohnya buku, jurnal, artikel, tesis ataupun laporan.
Kajian dilakukan secara kritikal ke atas perkara-perkara yang penting yang dikemukan dalam bahan literatur tersebut.
Semasa melakukan kajian kepustakaan, kemahiran berfikir aras tinggi perlu ada dalam diri seseorang. Terdapat lima proses yang terlibat semasa kajian pustakaan dijalankan iaitu:

1. Membanding dan membezakan
-mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.
-kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan atau membuat pilihan atau keputusan.

2. Menganalisis
-mengolah maklumat yang diperolehi dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
-kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami kaitan antara bahagian-bahagian serta mengenali prinsip yang terlibat.
- merupakan suatu kemahiran yang kompleks kerana menggunakanbeberapa ciri kemahiran berfikir

3.Menilai
- proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemhan berdasarkan bukti-bukti atau dalil yang sah. Kemahiran inijuga digunakan bagi membuat keputusan bagi memilih sesuatu idea atau menerima atau menolak sesuatu idea.

4. Membuat Kesimpulan
-proses membuat pernyataan tentang hasil sesuatu pperkara berdasarkan penyiasatan. di samping itu,proses ini dibuat untuk menyokongpernyataan, membuat keputusandan menerangkan tentang sesuatu idea.

5.Mensintesis
-proses menggabungkanidea, unsur, item, danperkara yang berasingan mejadi satu idea baru secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment