Friday, May 29, 2009

sambungan

Jurnal 3 (by Irina Maslennikova, Ed.M., Washington State University Vancouver)
Tajuk: Social Development of English Second Language Learners:The Use of Literature Study Circles


a. Prosedur kajian
Tujuan kajian ialah untuk mengenalpasti bagaimana perlaksanaan pembelajaran kesusateraan secara berkumpulan dalam kurikulum dapat memebantu para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, seterusnya pelajar-pelajar ini dapat berkomunikasi dengan rakan sekelas dan mewujudkan pergaulan yang baik.

b. Seting
Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Inggeris seagai bahasa ke dua (ESL) di Washington State University

c. Pengumpulan data
1. Menjalankan pemerhatian terhadap nota-nota lapangan selama 2 bulan dalam bilik darjah. Nota-nota lapangan tersebut dipilih dahulu, hanya yang berkaitan dengan kajian sahaja yang dirujuk.
2. Menjalankan pemerhatian khusus kepada dua pelajar dibawah seliaan beliau.
3. Temubual dijalankan ke atas dua orang pelajar dan beberapa orang waris pelajar

d. Penganalisisan data
1. Pengkodan
2. Pemeriksaan
3. Perbezaan
4. pengkategorian

sambungan

Jurnal 2 by Rachelle D. Galvin, Ed.M.(Washington State University Vancouver)
Tajuk: Job Satisfaction for Teachers within a High School)


1. Prosedur kajian
Tujuan kajian ialah untuk mengkaji tahap kepuasan guru-guru di sekolah tinggi dan seterusnya mengekalkan keputusan mereka untuk terus berada dalam bidang perguruan.Kkajian ini dijalankan untuk mengetahui bahawa tahap kepuasan guru-guru dalam pengajaran akan mempengaruhi P&P mereka dalam bilik darjah.

2. Metodologi
1. Data kualitatif
2. Data kuantitatif

3.Seting
Washington High School

4.Sample
Guru-guru di Washington High School

5.Pengumpulan data


a. Negotiating access-pengkaji berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan kajian di sekilah tersebut. Beliau meletakkan memeorandum kajian dalam kotak guru-guru dan memohon suukarelawan untuk ditemubual tentang kepuasan mereka sepanjang proses P&P.

b. Pemerhatian- pemerhatian dijalankan semasa mesyuarat fakulti berlangsung. Beliau merekodkan setiap pemerhatian dan perkara-perkara yang penting .Topik kepuasan kerja telah dibincangkan seluruh sekolah melalui e-mel dan di dalam dua mesyuarat-mesyuarat fakulti, pengkaji memungut dokumen-dokumen mengenai kepuasan kerja , dan peristiwa-peristiwa seperti mesyuarat-mesyuarat fakulti yang saya boleh hadiri. Dalam mesyuarat fakulti pertama saya memerhatikan, selepas penguasa daerah menyampaikan daerah ucapan tentang rancangan pertumbuhan lima tahun, guru-guru menyatakan kebimbangan-kebimbangan mereka dan bantahan-bantahan mengenai isu-isu berkaitan dengan ketidakpuasan dalam pekerjaan mereka.


c. Dokumen-dokumen daripada OSPI- yang menyediakan maklumat perangkaan sekolah di peringkat negeri, peringkat daerah, dan peringkat sekolah tentang pengalaman guru-guru purata lebih dua tahun mengajar. Beliau juga mengkaji semula mesej e-mel penerangan yang dihantar oleh seorang pembantu pengetua, pengetua, dan penguasa mengenai kepuasan guru-guru.

d. Tinjauan(survey)- beliau cuba untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tenang tahap kepuasan guru-guru melalui borang tinjauanyang disediakan tetapi agak sukar untuk mendapatkannya.


e. Temubual- temubual dijalankan kepada guru-guru yang sukarela. Seramai 12 orang guru telah menawarkan diri untuk ditemubual namun pengkajimemilih hanya 6 orang sahaja. Beliau menggunakan semi-struktur temubual dengan menetapkan 6 soalan yang akan ditanya kepada mereka.

6. Penganalisisan data
Beliau membuat pengkalan data dan purata data mentah. Kemudian beliau membuat sort terhadap maklumat tinjauan dalam bentuk topik dan membanding ke semua data secara keseluruhan,membuat carta dan graf dengan tema-tema utama. Seterusnya beliaumembandingkan dokumen-dokumen yang diperolehi daripada Office of Superintendent of Public Instruction’s website tentang statistic guru-guru dengan dokumen-dokumen tugasan bilik darjah di Washington High School pada tahun 2005-2006. Kemudian beliau membandingkan bilangan guru-guru yang tidak kembali bertugas pada tahun 2007-2008 kecuali yang tamat perkhidmatan. Semasa menganalisis data, beliau merujuk kepada persamaan dan perbezaan data temubual yang telah dijalankan..

Tuesday, May 26, 2009

PERBANDINGAN (PERSAMAAN DAN PERBEZAAN) DI ANTARA KETIGA-TIGA ARTIKEL JURNAL.

ULASAN JURNAL

Jurnal 1(by Joseph L. Armstrong , Dr. Andrew Barrett , George W. Brutchen , Silvia Chamboneth and Jacqueline R. Stillisano Ball State University)
Tajuk: An Action Research Study of the Collaborative Learning Process

a. Prosedur kajian
Persoalan kajian:
What are the attributes of a successful collaborative learning experience?
1. Mengenalpasti masalah yang timbul iaitu memahami amalan pembelajaran kolaboratif dan perkara-perkara yang menjadikan pembelajaran kolaboratif ini berjaya mencapai matlamat.
2. Penyertaan para sample ke seminar pemmbelajaran kolaboratif
3. Interview dijalankan ke atas sample hasil daripada seminar tersebut.
4. Refleksi

b. Seting
Seminar Pembelajaran Kolaboratif selama tiga jam di Ball State University semasa musim panas pada tahun 2001.

c. Sample
9 orang graduan daripada Adult and Community Education dan mereka ini adalah pelajar fakulti yang berpengalaman dalam pembelajaran kolaboratif. Seorang sample daripada kalangan yang berpengalaman sebagai pendidik. Umur sample ini, 4 lelaki dan enam perempuan sekitar awal 30an sehingga pertengahan 50an.

d. Pengumpulan data
1. Menghantar sample ke seminar
2. Interview sample-sample tersebut
3. Pengkodan hasil-hasil temubual para sample

e. Penganalisisan data
Menganalisis data dengan meletakkan 3 tema utama iaitu dialog dan refleksi, hubungan-hubungan antara perseorangan dengan kumpulan semasa pembelajarn kolaboratif dan tanggungjawab-tanggungjawab individu (merangkumi tanggungjawab-tanggungjawab bagi pemudah untuk kumpulan, individu sebagai seorang pelajar, individu untuk kumpulan, dan akhirnya, tanggungjawab para peserta untuk secara kolektif untuk membina pengetahuan.Tema ini adalah tidak terpencil, tetapi adalah dinamik yang mencerminkan pengalaman yang banyak para peserta itu semasa seminar tersebut berlangsung.

Monday, May 25, 2009

sambungan

Etika Kajian Tindakan

1. Membangunkan satu perspektif etika yang hampir sama dengan etika peribadi seseorang.
2. Merakamkan data yang diperlukan dengan tepat.
3. Menentukan prinsip-prinsip asas yang tidak akan menjejaskan etika anda.
4. Menimbangkan prinsip-prinsip utility, deontologi, hubungan, dan ekologi etika.
5. Tiada ruang penipuan dalam kajian tindakan.

PENILAIAN KESELURAHAN
Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi para pengkaji kajian tindakan kerana mempunyai garis panduan yang lengkap bagaimana sesuatu kajian perlu dijalankan. Saya mencadangkan semua rakan-rakan mempunyai buku ini sebagai rujukan.

Sunday, May 24, 2009

sambungan

7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)

Terdapat 8 strategi yang digariskan oleh Wolcott’s untuk memastikan kesahan sesuatu kajian.
1. Talk little, listen a lot( kurangkan bercakap, banyakkan mendengar)
strategi ini digunakan semasa seseorang guru (pengkaji) menjalankan temubual ke atas pelajar, ibu bapa mahupun rakan sejawatan. Para guru perlu lebih menumpukan perhatian kepada apa yang hendak disampaikan oleh mereka. Elakkan bertanya dengan terlampau banyak soalan.

2. Record observations accurately (merekodkan pemerhatian yang dijalankan dengan tepat). Semasa menjalankan kajian, guru mungkin tidak merekodkan setiap pemerhatian yang dijalankan. Sebenarnya perkara ini sangat penting untuk memastikan kesahan sesuatu kajian. Sekiranya tidak direkodkan berkemungkinan guru(pengkaji) terlupa apa yang telah diperhatikan tadi.

3. Begin writing early (memulakan penulisan dengan lebih awal). Dalam masa seharian, sukar bagi guru(pengkaji) menulis jurnal tentang kajiannya, oleh itu, guru(pengkaji) harus melakukan penulisan lebih awal kerana memori seseorang manusia akan mudah lupa sekiranya tidak ditulis dalam jangka masa tertentu.

4. Let readers ‘see’ for themselves. Berkongsi hasil kajian untuk mendapat maklum balas.

5. Report fully (laporan keseluruhan)

6. Be candid (berterus-terang). Guru (pengkaji) perlu berterus-terang dalam kajiannya, dan mengelakkan bias dalam penemuan kajiannya.

7. Seek feedback ( mencari maklum balas). Idea ini adalah menarik iaitu meminta maklum balas daripada individu lain tentang hasil kajian yang dilakukan. Melalui cara ini pembaca lain dapat menyoal soalan-soalan atau perkara yang pengkaji terlrepas pandang atau memandang ringan untuk dimasukkan ke dalam kajian tersebut.

8. Write accurately (menulis dengan tepat)

sambungan

3. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
a. Mengenal pasti fokus atau perkara yang ingin dikaji
Contoh: untuk mengetahui dan menyenaraikan kesan-kesan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru ke atas hasil pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Kebiasaannya, kajian ini merujuk kepada kehadiran pelajar, esteem kendiri pelajar dan beberapa aspek lain.

b. Mengumpul data
Contoh: data dikumpul melalui temubual, tinjauan, rekod kehadiran atau kad kemajuan.

c. Menganalisis dan mentafsir data
Setelah data diperolehi melalui beberapa teknik yang digunakan, guru perlu menjalankan analisis dan mentafsir setiap data yang diperloehi sebelum merancang untuk sebarang tindakan

d. Merancang tindakan
Guru merancang tindakan yang perlu dilakukan selepas menganalisis data yang diperolehi. Sebagai contoh, setelah mengetahui bahawa teknik pengajaran yang dilakukan tidak menarik perhatianpelajar, maka guru merancang semula teknik pengajaran yang lebih baik.

4. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
1. instrumen kajian
2. teknik pengumpulan data kualitatif

a. Experiencing (Pengalaman)
melibatkan proses pemerhatian dan cacatan lapangan.
Guru yang menjalankan kajian tindakan mempunyai peluang untuk melakukan pemerhatian tehadap bilik darjahnya sendiri tentang pengajaran, pemantauan dan pengubahsuaian teknik pengajarannya. Guru boleh bertindak sama ada ingin menjadi pemerhati yang aktif (iaitu semasa proses p&P dijalankan), pemerhati yang istimewa (iaitu pemerhatian dilakukan bukan sewaktu proses p&p berjalan) , atau pemerhati yang pasif berdasarkan situasi dan peluang yang ada semasa menjalankan kajian.
Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang berlaku sepanjang pemerhatian anda dalam kelas.

b. Enquiring (Penemuan)
Melibatkan beberapa proses apabila seseorang pengkaji bertanya. Guru mungkin boleh bertanya kepada pelajar, ibu bapa, atau guru-guru lain dengan kaedah temubual dan teknik soal selidik. Terdapat dua komponen temubual iaitu temubual secara tidak rasmi iaitu melibatkan soalan what, who, where, when, why dan how. Kedua iaitu temubual yang distruktur secara rasmi. Audio tape recoder boleh digunakan dalam komponen kedua ini, berhati-hati semasa memilih siapa yang ingin ditemubual serta catat semua perkara penting semasa proses temubual berlangsung. Teknik lain yang digunakan iaitu soal selidik, skala sikap ( kesan pengajaran guru ke atas pelajar, skala yang digunakan ialah skala likert atau perbezaan semantik) dan ujian piawaian.

c. Examining (Memeriksa)
Menggunakan bahan-bahan berikut dan membuat laporan.
I. Dokumen yang berkaitan contohnya laporan minit
II. Jurnal-pemerhatian dan penganalisisan seharian yang dilakukan, refleksi
III. Peta-kedudukan kelas atau sekolah
IV. Audiotape dan videotape
V. Artifak- terdiri daripada audiotape, videotape, gambar, portfolio
VI. Catatan lapangan

5.Teknik penganalisisan data

A. mengenalpasti tema ( indentify themes)
B. tinjauan kod( coding)
- mengumpulkan data dalam bentuk kategori atau tema
C. asking key questions (who, what, why, where, when and how)
D. mengkaji semula (do an organizational review of the school)
- mengulas fokus yang terdapat dalam organisasi (sekolah) seperti visis dan misi sekolah
E. peta konsep (concept mapping)
- kaedah yang boleh dilakukan oleh pengkaji (guru) untuk memaparkan perkara- perkara utama yang terdapat dalam kajian tersebut.
F. menganalisis latar belakang dan kesan(analyze antecedents and consequences)
G. paparan penemuan atau membuat kesimpulan( display findings)
- merupakan perkara penting untuk membuat rumusan tentang data- data yang dikumpul dan menterjemahkan dalam format yang difahami.
H. tentukan perkara yang tertinggal(state what missing)

Wednesday, May 13, 2009

TUGASAN 1

Nama pengarang : Geoffrey E. Mills

Tahun terbitan : 2003
Tajuk buku : Action Research :A Guide For The Teacher Researcher
Negeri penerbit : New Jersey
Nama penerbit : Pearson Education


1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu kajian penemuan yang sistematik. Dilakakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pihak pentadbir dalam suasana pengajaran dan pembelajaran untuk mendapat maklumat tentang bagaimana peroperasian sekolah, bagaimana guru mengajar, dan bagaimana teknik pengajaran yang terbaik untuk pelajar.

2. MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
a. Semua manusia memerlukan peluang peningkatan dalam kerjaya secara professional.
b. Setiap guru yang profesional inginkan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
c. Setiap guru yang professional sebenarnya boleh belajar daripada refleksinya dalam P&P.
d. Semua manusia menginginkan dan memerlukan maklumat tentang persembahan atau hasil kerja mereka untuk dinilai semula.
e. Kerjasama didalam melakukan kajian dapat meningkat keprofesionalan seseorang.

1. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
a. Model 1 oleh Emily Calhoun (1994). Terdapat lima langkah yang dilakukan bagi model ini iaitu memilih situasi atau masalah dalam kumpulan yang diminati, mengumpul data, menyusun data, menganalisis dan mentafsir data serta menjalankan tindakan (take action)


b. Model 2 oleh Stringer (1996). Langkah-langkah kajian tindakan yang dicadangkan oleh beliau ialah melihat, berfikir, dan melakukan tindakan.





c. Model 3 oleh Stephen Kemmis (1988). Terdapat beberapa langkah yang terdapat di dalam model iaitu memerhati, merancang, tindakan yang pertama, memantau, membuat refleksi, memikir semula, dan membuat penilaian.

Nota kuliah 4 (11 mei 2009)

Tajuk : Kajian kepustakaan
Merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur contohnya buku, jurnal, artikel, tesis ataupun laporan.
Kajian dilakukan secara kritikal ke atas perkara-perkara yang penting yang dikemukan dalam bahan literatur tersebut.
Semasa melakukan kajian kepustakaan, kemahiran berfikir aras tinggi perlu ada dalam diri seseorang. Terdapat lima proses yang terlibat semasa kajian pustakaan dijalankan iaitu:

1. Membanding dan membezakan
-mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.
-kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan atau membuat pilihan atau keputusan.

2. Menganalisis
-mengolah maklumat yang diperolehi dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
-kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami kaitan antara bahagian-bahagian serta mengenali prinsip yang terlibat.
- merupakan suatu kemahiran yang kompleks kerana menggunakanbeberapa ciri kemahiran berfikir

3.Menilai
- proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemhan berdasarkan bukti-bukti atau dalil yang sah. Kemahiran inijuga digunakan bagi membuat keputusan bagi memilih sesuatu idea atau menerima atau menolak sesuatu idea.

4. Membuat Kesimpulan
-proses membuat pernyataan tentang hasil sesuatu pperkara berdasarkan penyiasatan. di samping itu,proses ini dibuat untuk menyokongpernyataan, membuat keputusandan menerangkan tentang sesuatu idea.

5.Mensintesis
-proses menggabungkanidea, unsur, item, danperkara yang berasingan mejadi satu idea baru secara menyeluruh.

AKTIVITI 1

AKTIVITI 1(berkumpulan)
SITI NADIA KHALID (P48959)
NUR AZNIDA TALIB (P48697)
MASYITAH ULUL AZMIN (P48585)

8 sebab kenapa orang tidak suka akan perubahan
1.Perubahan yang dilakukan hanya untuk kepentingan individu sahaja.
2.Perubahan yang dilakukan tidak sesuai dengan keadaan persekitaran.
3.Perubahan yang dilakukan secara kerap kali.
4.Perubahan yang dilakukan bercanggah dengan dasar. Sebagai contoh isu PPSMI.
5.Perubahan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat.

NOTA KULIAH 3 ( 4 MEI 2009 )

TAJUK : PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang pendidikan menjadi factor yang apling penting dan utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan yang berlaku kadang kala akan mewujudkan ketidakpastian. Oleh yang demikian, ketidakpastian dalam pendidkan mesti dielakkan kerana jika ia berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi akan datang.

JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessler (1995)

Perubahan ke arah peningkatan
Memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
a. Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b. Memperkenalkan teknologi baru
c. Program pembangunan staf untuk mempertingkatkan dan produktiviti staf

Perubahan strategik organisasi
a. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti
b. Mendefinisikan semula peranan organisasi
c. Perubahan nilai teras organisasi.
d. Pembentukan semula misi.
e. Struktur & strategi organisasi
f. Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran.

Perubahan reaktif
Berlaku akibat daripada tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).

Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Perubahan adalah satu perkara yang kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
a. Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status que. Perubahan revolusi pula merupakan perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

b. Kompleksiti atau kerumitan merupakan focus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan. Perubahan adalah bersifat multidimensi. Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

a. Tujuan perubahan
b. Unit perubahan
c. Sifat perubahan
d. Magnitude perubahan
e. Skop perubahan f. Jangkamasa

Model-model perubahan
a. Model penggabungan Roger
b. Model Kanter
c. Model Rand
d. Model Acot

AKTIVITI 2 BERKUMPULAN

SITI NADIA BINTI KHALID (P 48959)
NUR AZNIDA BINTI TALIB (P48697)
MASYITAH BINTI ULUL AZMIN (P48585)

Masalah dan penambaikan dalam P&P sesuatu tajuk
1. Ofisialisme Belajar dan melatih diri untuk kemahiran komunikasi

2. Tidak dapat menarik perhatian pelajar Guru perlu mempamerkan set induksi yang menarik dengan menggunakan bahan maujud dan bersifat autentik serta kreatif.

3. BBM yang kurang bermanfaat Guru memastikan BBM yang dibuat hendaklah digunakan dengan sepenuhnya dan boleh dijana semula.

4. Tidak menguasai isi pengajaran Guru perlu membuat rujukan tambahan.

5. Teknik mengajar yang kurang menarik.Guru menggunakan teknik pengajaran yang lebih menarik dan kreatif serta pelbagai

AKTIVITI 1

Refleksi ke atas masalah dalam diri sepanjang BIG 2
1. Penambahbaikan
· Pengurusan masa
· Bersikap aktif
· Berani dan yakin diri

2. Pelan tindakan Matlamat
· Melahirkan guru yang berdisiplin dan serba boleh

Objektif
· Melahirkan guru yang aktif dan berani menghadapi cabaran.
· Menanam keyakinan diri.
· Memupuk semangat berkumpulan

3.
a. LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

1 Pengurusan masa Menguruskan masa dengan lebih baik, membuat perancangan lebih awal bagi setiap perkara.

2 Bersikap aktif Membuang sifat menangguh kerja, bergerak dengan aktif dalam setiap tindakan.

3 Berani dan yakin diri Tanam dalam diri bahawa mampu melakukan perkara tersebut, bersedia dan berani menghadapi cabaran yang mendatang

b. Pengumpulan data
· Bertanya pada rakan
· Membuat jadual muhasabah diri
· Rakaman video atau gambar

c. Pemantauan
· Membuat senarai semak
· Ada dateline
· Minta bantuan rakan perhatikan sikap

d. Penilaian
· Membuat borang penilaian
· Minta pandangan orang lain

Nota kuliah 2 ( 27 April 2009)


Reka bentuk kajian tindakan



Tujuan Kajian Tindakan

I. Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi.

II. Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah


KEMMIS


1. reflect

II. plan

III. act

IV. observe

V. reflect

Wednesday, April 22, 2009

Nota kuliah 1


Nota kuliah 1 (20 april 2009)

1. Konsep kajian tindakan

Definisi kajian
Satu proses atau tindakan untuk mengumpul data dan menganalisis untukmendapat jawapan bagi sesuatu permasalahan.

Proses Kajian secara umum
• kenal pasti masalah
• kajian ke pustakaan
• tentukan pendekatan
• kumpul dan analisis data
• kumpul dan analisis data
• bincang dapatan dan implikasi kajian
• laporkan kajian

Kajian Tindakan
· Merupakan satu proses yang dilakukan oleh guru untuk mengkaji, menyelidik dan menteliti secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagitujuan penambahbaikan.
· Bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan member impak kepada pelajar.

2. Jenis-jenis kajian tindakan
Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu:
1. individu
2. kumpulan (kolaboratif)
3. peringkat sekolah
4. peringkat daerah

Individu
a. fokus kepada satu isu dalam bilik darjah
b. contoh: dapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah
strategi pengajaran
pembelajaran pelajar

Kolaboratif
a. fokus kepada satu isu dalam bilik darjah.
b. dilakukan oleh lebih daripada dua orang guru dalam bidang yang sama atau guru-guru
dalam pelbagai subjek ataupun guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.

Peringkat sekolah
fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
contoh: kajian untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG

Peringkat daerah
fokus pada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah dalam satu daerah

Kepentingan kajian kepada guru


a. Menambahkan pengetahuan
b. Menambahbaik amalan
c. Mendebatkan sesuatu polisi
d. Membina kemahiran

3.Contoh Kajian
Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar