Sunday, May 24, 2009

sambungan

3. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
a. Mengenal pasti fokus atau perkara yang ingin dikaji
Contoh: untuk mengetahui dan menyenaraikan kesan-kesan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru ke atas hasil pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Kebiasaannya, kajian ini merujuk kepada kehadiran pelajar, esteem kendiri pelajar dan beberapa aspek lain.

b. Mengumpul data
Contoh: data dikumpul melalui temubual, tinjauan, rekod kehadiran atau kad kemajuan.

c. Menganalisis dan mentafsir data
Setelah data diperolehi melalui beberapa teknik yang digunakan, guru perlu menjalankan analisis dan mentafsir setiap data yang diperloehi sebelum merancang untuk sebarang tindakan

d. Merancang tindakan
Guru merancang tindakan yang perlu dilakukan selepas menganalisis data yang diperolehi. Sebagai contoh, setelah mengetahui bahawa teknik pengajaran yang dilakukan tidak menarik perhatianpelajar, maka guru merancang semula teknik pengajaran yang lebih baik.

4. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
1. instrumen kajian
2. teknik pengumpulan data kualitatif

a. Experiencing (Pengalaman)
melibatkan proses pemerhatian dan cacatan lapangan.
Guru yang menjalankan kajian tindakan mempunyai peluang untuk melakukan pemerhatian tehadap bilik darjahnya sendiri tentang pengajaran, pemantauan dan pengubahsuaian teknik pengajarannya. Guru boleh bertindak sama ada ingin menjadi pemerhati yang aktif (iaitu semasa proses p&P dijalankan), pemerhati yang istimewa (iaitu pemerhatian dilakukan bukan sewaktu proses p&p berjalan) , atau pemerhati yang pasif berdasarkan situasi dan peluang yang ada semasa menjalankan kajian.
Catatan lapangan merupakan cara anda merekodkan pemerhatian tentang apa yang berlaku sepanjang pemerhatian anda dalam kelas.

b. Enquiring (Penemuan)
Melibatkan beberapa proses apabila seseorang pengkaji bertanya. Guru mungkin boleh bertanya kepada pelajar, ibu bapa, atau guru-guru lain dengan kaedah temubual dan teknik soal selidik. Terdapat dua komponen temubual iaitu temubual secara tidak rasmi iaitu melibatkan soalan what, who, where, when, why dan how. Kedua iaitu temubual yang distruktur secara rasmi. Audio tape recoder boleh digunakan dalam komponen kedua ini, berhati-hati semasa memilih siapa yang ingin ditemubual serta catat semua perkara penting semasa proses temubual berlangsung. Teknik lain yang digunakan iaitu soal selidik, skala sikap ( kesan pengajaran guru ke atas pelajar, skala yang digunakan ialah skala likert atau perbezaan semantik) dan ujian piawaian.

c. Examining (Memeriksa)
Menggunakan bahan-bahan berikut dan membuat laporan.
I. Dokumen yang berkaitan contohnya laporan minit
II. Jurnal-pemerhatian dan penganalisisan seharian yang dilakukan, refleksi
III. Peta-kedudukan kelas atau sekolah
IV. Audiotape dan videotape
V. Artifak- terdiri daripada audiotape, videotape, gambar, portfolio
VI. Catatan lapangan

5.Teknik penganalisisan data

A. mengenalpasti tema ( indentify themes)
B. tinjauan kod( coding)
- mengumpulkan data dalam bentuk kategori atau tema
C. asking key questions (who, what, why, where, when and how)
D. mengkaji semula (do an organizational review of the school)
- mengulas fokus yang terdapat dalam organisasi (sekolah) seperti visis dan misi sekolah
E. peta konsep (concept mapping)
- kaedah yang boleh dilakukan oleh pengkaji (guru) untuk memaparkan perkara- perkara utama yang terdapat dalam kajian tersebut.
F. menganalisis latar belakang dan kesan(analyze antecedents and consequences)
G. paparan penemuan atau membuat kesimpulan( display findings)
- merupakan perkara penting untuk membuat rumusan tentang data- data yang dikumpul dan menterjemahkan dalam format yang difahami.
H. tentukan perkara yang tertinggal(state what missing)

No comments:

Post a Comment