Sunday, May 24, 2009

sambungan

7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)

Terdapat 8 strategi yang digariskan oleh Wolcott’s untuk memastikan kesahan sesuatu kajian.
1. Talk little, listen a lot( kurangkan bercakap, banyakkan mendengar)
strategi ini digunakan semasa seseorang guru (pengkaji) menjalankan temubual ke atas pelajar, ibu bapa mahupun rakan sejawatan. Para guru perlu lebih menumpukan perhatian kepada apa yang hendak disampaikan oleh mereka. Elakkan bertanya dengan terlampau banyak soalan.

2. Record observations accurately (merekodkan pemerhatian yang dijalankan dengan tepat). Semasa menjalankan kajian, guru mungkin tidak merekodkan setiap pemerhatian yang dijalankan. Sebenarnya perkara ini sangat penting untuk memastikan kesahan sesuatu kajian. Sekiranya tidak direkodkan berkemungkinan guru(pengkaji) terlupa apa yang telah diperhatikan tadi.

3. Begin writing early (memulakan penulisan dengan lebih awal). Dalam masa seharian, sukar bagi guru(pengkaji) menulis jurnal tentang kajiannya, oleh itu, guru(pengkaji) harus melakukan penulisan lebih awal kerana memori seseorang manusia akan mudah lupa sekiranya tidak ditulis dalam jangka masa tertentu.

4. Let readers ‘see’ for themselves. Berkongsi hasil kajian untuk mendapat maklum balas.

5. Report fully (laporan keseluruhan)

6. Be candid (berterus-terang). Guru (pengkaji) perlu berterus-terang dalam kajiannya, dan mengelakkan bias dalam penemuan kajiannya.

7. Seek feedback ( mencari maklum balas). Idea ini adalah menarik iaitu meminta maklum balas daripada individu lain tentang hasil kajian yang dilakukan. Melalui cara ini pembaca lain dapat menyoal soalan-soalan atau perkara yang pengkaji terlrepas pandang atau memandang ringan untuk dimasukkan ke dalam kajian tersebut.

8. Write accurately (menulis dengan tepat)

No comments:

Post a Comment