Wednesday, May 13, 2009

NOTA KULIAH 3 ( 4 MEI 2009 )

TAJUK : PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang pendidikan menjadi factor yang apling penting dan utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan yang berlaku kadang kala akan mewujudkan ketidakpastian. Oleh yang demikian, ketidakpastian dalam pendidkan mesti dielakkan kerana jika ia berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi akan datang.

JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessler (1995)

Perubahan ke arah peningkatan
Memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
a. Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b. Memperkenalkan teknologi baru
c. Program pembangunan staf untuk mempertingkatkan dan produktiviti staf

Perubahan strategik organisasi
a. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti
b. Mendefinisikan semula peranan organisasi
c. Perubahan nilai teras organisasi.
d. Pembentukan semula misi.
e. Struktur & strategi organisasi
f. Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran.

Perubahan reaktif
Berlaku akibat daripada tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).

Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Perubahan adalah satu perkara yang kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
a. Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status que. Perubahan revolusi pula merupakan perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

b. Kompleksiti atau kerumitan merupakan focus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan. Perubahan adalah bersifat multidimensi. Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

a. Tujuan perubahan
b. Unit perubahan
c. Sifat perubahan
d. Magnitude perubahan
e. Skop perubahan f. Jangkamasa

Model-model perubahan
a. Model penggabungan Roger
b. Model Kanter
c. Model Rand
d. Model Acot

No comments:

Post a Comment