Wednesday, May 13, 2009

TUGASAN 1

Nama pengarang : Geoffrey E. Mills

Tahun terbitan : 2003
Tajuk buku : Action Research :A Guide For The Teacher Researcher
Negeri penerbit : New Jersey
Nama penerbit : Pearson Education


1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu kajian penemuan yang sistematik. Dilakakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pihak pentadbir dalam suasana pengajaran dan pembelajaran untuk mendapat maklumat tentang bagaimana peroperasian sekolah, bagaimana guru mengajar, dan bagaimana teknik pengajaran yang terbaik untuk pelajar.

2. MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
a. Semua manusia memerlukan peluang peningkatan dalam kerjaya secara professional.
b. Setiap guru yang profesional inginkan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
c. Setiap guru yang professional sebenarnya boleh belajar daripada refleksinya dalam P&P.
d. Semua manusia menginginkan dan memerlukan maklumat tentang persembahan atau hasil kerja mereka untuk dinilai semula.
e. Kerjasama didalam melakukan kajian dapat meningkat keprofesionalan seseorang.

1. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
a. Model 1 oleh Emily Calhoun (1994). Terdapat lima langkah yang dilakukan bagi model ini iaitu memilih situasi atau masalah dalam kumpulan yang diminati, mengumpul data, menyusun data, menganalisis dan mentafsir data serta menjalankan tindakan (take action)


b. Model 2 oleh Stringer (1996). Langkah-langkah kajian tindakan yang dicadangkan oleh beliau ialah melihat, berfikir, dan melakukan tindakan.





c. Model 3 oleh Stephen Kemmis (1988). Terdapat beberapa langkah yang terdapat di dalam model iaitu memerhati, merancang, tindakan yang pertama, memantau, membuat refleksi, memikir semula, dan membuat penilaian.

1 comment: