Wednesday, April 22, 2009

Nota kuliah 1


Nota kuliah 1 (20 april 2009)

1. Konsep kajian tindakan

Definisi kajian
Satu proses atau tindakan untuk mengumpul data dan menganalisis untukmendapat jawapan bagi sesuatu permasalahan.

Proses Kajian secara umum
• kenal pasti masalah
• kajian ke pustakaan
• tentukan pendekatan
• kumpul dan analisis data
• kumpul dan analisis data
• bincang dapatan dan implikasi kajian
• laporkan kajian

Kajian Tindakan
· Merupakan satu proses yang dilakukan oleh guru untuk mengkaji, menyelidik dan menteliti secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagitujuan penambahbaikan.
· Bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan member impak kepada pelajar.

2. Jenis-jenis kajian tindakan
Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu:
1. individu
2. kumpulan (kolaboratif)
3. peringkat sekolah
4. peringkat daerah

Individu
a. fokus kepada satu isu dalam bilik darjah
b. contoh: dapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah
strategi pengajaran
pembelajaran pelajar

Kolaboratif
a. fokus kepada satu isu dalam bilik darjah.
b. dilakukan oleh lebih daripada dua orang guru dalam bidang yang sama atau guru-guru
dalam pelbagai subjek ataupun guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.

Peringkat sekolah
fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
contoh: kajian untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG

Peringkat daerah
fokus pada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah dalam satu daerah

Kepentingan kajian kepada guru


a. Menambahkan pengetahuan
b. Menambahbaik amalan
c. Mendebatkan sesuatu polisi
d. Membina kemahiran

3.Contoh Kajian
Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar